Saturday, 25 May 2013

Tangan Baby lebam kena Cucuk

Lepas Arif kena cucuk semalam di hospital untuk ambik darah cek jaundis, terkejut besar saya bila tengok tapak tangan baby lebam teruk. Biru macam kena dakwat marker,



 Bila tengok betul-betul rupanya memang lebam. Berdebar-debar dada, terpikir abislah tangan anak aku, darah tak berjalan, takut dapat penyakit lain je.

Bagitahu asben, dia cakap kita tunggu dulu tengok macam mana perkembangan lebam makin teruk ke makin surut. Kalau makin teruk nak bawa ke klinik.

Sambil tu saya urut-urut juga lengan baby supaya darah sampai ke jari-jari.

Huuhu ikut hati saya nak pergi balik hospital nak tanya kenapa ambik darah sampai lebam macam tu...marah juga rasa dalam hati ni, cuba juga gugel cari info kalau ada yang kongsi pengalaman macam ni, tapi tak dapat banyak.

Bukan apa saya cuma risau kalau lebam tu jadi serius, takut bagi kesan ke saraf ke, bukan tak ada kes kecuaian pihak hospital boleh bawa masalah, takutnya.

Hari ni saya tengok, alhamdulillah lebam agak kurang sikit, warnanya dah tak seteruk semalam, ada perubahan positif, lega rasa hati.

Lain kali bila bawa Arif cek darah saya memang nak pesan pada nurse janganlah cucuk sampai lebam macam tu, setau saya jadi lebam macam tu sebab darah keluar sikit, jadi nurse akan picit tangan supaya darah keluar.

Baik cucuk je sekali lagi dari perah tangan baby macam tu. Naya betul...ermm patutla masa ambik darah tu ibu diaorang tak bagi tengok..sabar je la.


2 comments:

hy dear. salam kenal.

baby sampai 8 kali amik darah? kesiannya.. normal tgn baby lebam masa amik darah sbb kena genggam dengan doktor untuk keluar kan darah tu. tangan baby kan lembut.

awak tuam tangan dia dengan tuala sua kalau jadi camtu lagi. bagi betul balik aliran darah dia

moga baby cepat siha tau.

Hai, W'salam..

Ha ah dah 8 kali ambik darah, kuningnya x kurang-kurang.

huhu itula tekejut sgt, sbb yg tu kali kedua ambik darah kat tgn, yg sebelum tu ok je xde lebam, yg kali ni je hampir biru satu tapak tgn,biasa diaorg ambik darah kat kaki je..nasib dah ok :)

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More