Air Glukos penawar kuning bayi?

11:43 p.m.

Oleh kerana saya masih dalam pantang, maka jangan hairanlah entri saya asyik pasal pantang, pasal kuning bayi hehehe. Sebenarnya saya nak  kongsi pengalaman saya yang sekarang  minum glukos untuk kurangkan jaundis baby Arif.

Petua ni pun saya dapat dari gugel je, air glukos ni bukan untuk baby yang minum tau, tapi untuk mama nya yang minum. Owh saya memang tak berani nak bagi minum apa-apa air secara terus pada baby, walaupun sebenarnya dah terbagi baby minum jus anggur sikit aritu untuk bagi kurang kuningnya. Tapi bila difikir balik, besar mana je perut baby nak telan makanan tambahan lain.

Jadi saya yang perlu minum gulokos sebab baby menyusu daripada saya. Apa-apa khasiat dapat juga disalurkan pada baby. Kebetulan pula stok glukos masa mengandung dulu ada lagi, jadi saya sambung minum sahaja. Banyak lagi bakinya, sebab masa mengandung saya minum sikit, itupun atas saranan Doktor sebab saya mabuk teruk. Fungsi utama glukos adalah untuk tambah tenaga dengan segera.

Menjadi atau tak petua ni, saya akan 'update'kan apa keputusannya nanti, sebab keputusan ujian darah baby lagi 2 minggu, ermm lambatkan..terpaksalah bersabar.

Klik: Laporan Darah Arif

You Might Also Like

1 comments

  1. Hi .nak tnya..kalau minum air glucose ni ada kemungkinan x susu jd kering

    ReplyDelete

Penafian

Blog ini berdasarkan pengetahuan,pengalaman, pembacaan dan pendapat dari penulis sahaja. Segala info bacaan adalah dibawah tanggungjawab pembaca sendiri.Dapatkan nasihat dari panel berwajib dan professional untuk sebarang amalan info terutama kesihatan dan perubatan.

Me

My Photo
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda yg bermaksud : "Apabila seseorang mati terputuslah daripadanya amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya." (Riwayat al-Tarmizi)

Followers