Saturday, 1 October 2011

Klinik Kesihatan Ibu Mengandung (KKIA) - Buku Merah


Di Malaysia pihak Kementerian Kesihatan menyediakan rawatan berkala percuma kepada ibu mengandung. Rawatan boleh didapati di klinik-klinik ibu mengandung (KKIA) seluruh negara.

Bakal ibu hanya perlu pergi mendaftar di KKIA berdekatan tempat tinggal masing-masing untuk mendapatkan rawatan. Antara keperluan yang perlu dibawa ialah kad pengenalan, sijil nikah dan bil utiliti (cth: bil Elektrik). Namun sesetengah klinik tidak meminta item tersebut, untuk kemudahan ibu mengandung, lebih baik anda menelefon dahulu KKIA berdekatan untuk mendapatkan penerangan lanjut.

Setelah mendapat keterangan tentang dokumen yang perlu dibawa semasa mendaftar di KKIA, sebaiknya anda berpakaian yang sesuai untuk ke klinik. Malah digalakkan juga bersarapan dahulu untuk mengelakkan rasa lapar semasa menunggu giliran untuk mendaftar dan mendapatkan rawatan. Sedia maklum bahawa di klinik kerajaan kebiasaannya mempunyai ramai pesakit.

Oleh itu bakal ibu perlu bersedia dan bersabar untuk menunggu giliran masing-masing. Selain itu bagi mengisi masa menunggu giliran rawatan bakal ibu juga boleh membawa bahan bacaan seperti majalah/novel/games bagi menghilangkan kebosanan semasa menunggu. Walau bagaimanapun kepadatan KKIA ini juga bergantung pada lokasi KKIA berkenaan, ada juga sesetengah KKIA tidaklah ramai bakal ibu yang datang untuk mendapatkan rawatan.

Kepentingan Buku merah (Rekod Kesihatan Ibu)

Bakal ibu mesti menjaga buku ini dengan sebaiknya. Ini kerana semua keadaan kesihatan akan direkodkan di dalam buku ini. Malah semasa proses bersalin di hospital,terutama hospital kerajaan buku ini diperlukan oleh Dr. sebagai rujukan untuk menilai tahap kesihatan ibu hamil serta risikonya. Kegagalan mempamerkan buku merah akan menyukar Dr. untuk merawat pesakit.

Oleh itu buku ini hendaklah sentiasa disimpan ditempat yang selamat. Bagi ibu hamil yang telah hampir tarikh bersalin, buku ini digalakkan dibawa bersama supaya mudah dijadikan rujukan jika berlaku sebarang risiko kecemasan.

Rawatan Berkala Kehamilan di klinik Swasta

Bagi mereka yang bekerja mungkin amat sukar untuk mendapatkan rawatan di KKIA. Oleh itu mereka boleh mendapatkan rawatan di hospital atau klinik-klinik swasta yang menawarkan rawatan untuk ibu hamil. Selain menjimatkan masa, bakal ibu juga boleh mengatur waktu rawatan mengikut keselesaan. Kadar rawatan di klinik swasta kebiasaannya berjumlah RM40 ke atas. Namun untuk keterangan lanjut bolehla pergi ke klinik swasta berdekatan untuk mendapatkan keterangan.

Jika anda mendapatkan rawatan  di hospital/klinik swasta pastikan anda meminta pihak klinik menyediakan satu buku rekod yang menunjukkan rawatan yang telah anda jalani. Ini kerana sesetengah klinik swasta rekod rawatan anda hanya di simpan di klinik sahaja.


Lagi info : Ujian Darah

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More